Sahabat Tadabbur

Jom Berbakti

Di Yayasan Tadabbur, kami menjemput anda menjadi Sahabat Tadabbur — sebuah komitmen ikhlas dan tindakan cinta pada ayat-ayat Allah yang bersemi dalam setiap langkah. Ini adalah seruan untuk jiwa-jiwa sukarelawan yang berani tampil, yang mahu melihat cahaya Al-Quran menerangi setiap sudut, menyentuh setiap hati.

Peranan Sahabat Tadabbur


Anda adalah tulang belakang yayasan Tadabbur. Anda menyumbang masa, tenaga, dan kepakaran sebagai sukarelawan dalam pelbagai gerakan program kami. Dari membantu penganjuran majlis ilmu, menyokong program terjemahan kitab, menguruskan kempen infaq, hingga terlibat langsung dalam Rehlah dan Kembara Tadabbur. Bakti ikhlas yang menghidupkan misi kami, mengubah impian menjadi realiti.

Ini bukan sekadar khidmat; ini adalah bukti cinta sejati anda pada Al-Quran. Setiap titisan keringat dan pengorbanan masa anda akan sentiasa mengalirkan pahala, meletakkan anda dalam barisan terdepan mereka yang menghidupkan Al-Quran dalam masyarakat.

Bangkitlah! Ayuh, sertai kami sebagai Sahabat Tadabbur hari ini.

JOM SERTAI KAMI

Pendaftaran Sahabat Tadabbur

Sila isikan borang pendaftaran sahabat tadabbur

OBJEKTIF, VISI & MISI YAYASAN TADABBUR

Visi

Melahirkan generasi yang hidup bersama Al-Quran yang membacanya dengan mata hati, yang mendengarnya seolah Allah sedang berbicara,

yang memandang dunia dengan cahaya ayat-Nya, dan yang melangkah setiap hari dengan jiwa terpaut pada petunjuk Tuhan.

Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi nafas kehidupan, denyut iman, dan teman abadi menuju syurga.

Misi

Menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan tadabbur Al-Quran kepada semua

lapisan masyarakat melalui platform pendidikan, digital, teknologi kecerdasan

buatan (Artificial intelligence) dan komuniti.

• Melahirkan individu yang berinteraksi dengan Al-Quran secara aktif melalui

pemikiran, perasaan dan tindakan.

• Membangunkan platform teknologi dan modul tadabbur yang tersusun, mudah

diakses dan mesra pengguna.

Rakan Strategik

HUBUNGI KAMI

Yayasan Tadabbur,

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,

Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI


Copyright © 2025 | Yayasan Tadabbur

Powered by: Cyberniaga