Mengenai Kami
SEJARAH YAYASAN TADABBUR

Yayasan Tadabbur ditubuhkan pada 22 Ogos 2024 (No pendaftaran 202401035184(1581031-X)
Yayasan Tadabbur ditubuhkan untuk mengangkat kembali roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati. Kami percaya bahawa setiap ayat membawa makna, dan makna itu harus dihayati dengan akal dan jiwa.
Kenapa Tadabbur?
Ramai dari kita, rmembaca Al-Quran, namun sedikit yang benar-benar mendengarnya dengan kalbu mereka. Ramai menghafalnya, namun tidak menghayatinya. Dan dalam kesibukan dunia, kita lupa — bahawa setiap ayat Al Quran adalah bingkisan warkah cinta dari Allah kepada setiap hamba-Nya.
Tadabbur bukan semata-mata membaca makna, tetapi merenungi, menangisi, merasai dan berubah melalui pencarian makna terdalam ayat-ayat Al Quran secara bertadabbur .
Ia adalah jalan pulang — dari belaian kelalaian kepada keinsafan, dari keraguan kepada keyakinan, dari kehampaan kepada kedekatan dengan Allah SWT.Kerana membaca al-Quran tanpa tadabbur seperti melihat cermin tanpa menyedari wajah sendiri. Al-Quran bukan hanya cuma untuk dibaca, tetapi direnungi, difahami ,dirasai dan diamalkan.
Firman Allah SWT:
فَلَا يَتَدَبَّرونَ الْقُرْآنَ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِ غَيْرِ اللهِ لَوَجَدُوا فِيْهِ اخْتِلافًا كَثِيرًا
"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan agar mereka mentadabburi ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran."(Surah Sad, ayat 29)
OBJEKTIF, FUNGSI, VISI & MISI
Visi
Melahirkan generasi yang hidup bersama Al-Quran yang membacanya dengan mata hati, yang mendengarnya seolah Allah sedang berbicara,
yang memandang dunia dengan cahaya ayat-Nya, dan yang melangkah setiap hari dengan jiwa terpaut pada petunjuk Tuhan.
Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi nafas kehidupan, denyut iman, dan teman abadi menuju syurga.
Misi
• Menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan tadabbur Al-Quran kepada semua
lapisan masyarakat melalui platform pendidikan, digital, teknologi kecerdasan
buatan (Artificial intelligence) dan komuniti.
• Melahirkan individu yang berinteraksi dengan Al-Quran secara aktif melalui
pemikiran, perasaan dan tindakan.
• Membangunkan platform teknologi dan modul tadabbur yang tersusun, mudah
diakses dan mesra pengguna.






HUBUNGI KAMI
Yayasan Tadabbur,
Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur
IKUTI KAMI DI