NURANI AI - Tadabbur Al-Quran Era Digital

Menghidupkan Al-Quran melalui pendidikan, teknologi, kebajikan dan penghayatan – menjadikan tadabbur sebagai cahaya hidayah dalam setiap aspek kehidupan.

Projek NURANI AI (cadangan nama tertakluk kepada perubahan) adalah bukan sekadar teknologi; ini adalah revolusi kerohanian yang menggabungkan kecanggihan kecerdasan buatan dengan tadabbur Al Quran .

NURANI AI adalah mercu tanda inovasi Yayasan Tadabbur, sebuah platform futuristik yang direka untuk memahami Al-Quran yang selama ini terasa jauh dan kompleks.

NURANI AI akan membawa kita ke dimensi baharu di mana algoritma pintar dan analisis data raya menjadi penghubung jiwa kita dengan Kalamullah .

Ianya akan dibangunkan untuk mentadabbur Al Quran dengan cara yang intuitif dan peribadi. Berkemampuan menganalisis pola bacaan anda, memahami minat dan cabaran hidup anda, lalu merujuk kepada ayat-ayat Al-Quran yang paling relevan dan menghidupkan jiwa anda dengan semangat harapan pada saat anda gelisah an berputus asa .

NURANI AI adalah teknologi yang merupakan teman rohani digital anda, yang akan melahirkan generasi yang bukan sekadar membaca, tetapi turut menghayati Al-Quran dalam setiap degupan jantung kehidupan.


VISI & MISI YAYASAN TADABBUR

Visi

Melahirkan generasi yang hidup bersama Al-Quran yang membacanya dengan mata hati, yang mendengarnya seolah Allah sedang berbicara,

yang memandang dunia dengan cahaya ayat-Nya, dan yang melangkah setiap hari dengan jiwa terpaut pada petunjuk Tuhan.

Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi nafas kehidupan, denyut iman, dan teman abadi menuju syurga.

Misi

• Menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan tadabbur Al-Quran kepada semua

lapisan masyarakat melalui platform pendidikan, digital, teknologi kecerdasan

buatan (Artificial intelligence) dan komuniti.

• Melahirkan individu yang berinteraksi dengan Al-Quran secara aktif melalui

pemikiran, perasaan dan tindakan.

• Membangunkan platform teknologi dan modul tadabbur yang tersusun, mudah

diakses dan mesra pengguna.

Rakan Strategik

HUBUNGI KAMI

Yayasan Tadabbur,

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,

Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI


Copyright © 2025 | Yayasan Tadabbur

Powered by: Cyberniaga