Program MAHIRA - Mahasiswa Tadabbur Al-Quran

Menghidupkan Al-Quran melalui pendidikan, teknologi, kebajikan dan penghayatan – menjadikan tadabbur sebagai cahaya hidayah dalam setiap aspek kehidupan.

Dalam bahasa Arab (ماهرة), Mahira bermaksud berkemahiran .Ianya menggambarkan seseorang yang mempunyai kebolehan atau kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang. Ini sangat sesuai dengan konsep program Mahira yang bermatlamat melahirkan mahasiswa yang mahir dalam tadabbur Al-Quran.

MAHIRA adalah sebuah program komprehensif yang dirangka khas untuk melahirkan generasi mahasiswa yang bukan sahaja fasih membaca Al-Quran, bahkan mampu memahami, menghayati, dan mengaplikasikan ajaran serta pedoman Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Melalui pendekatan tadabbur, program ini akan membimbing peserta untuk menyelami makna-makna tersirat, mengambil iktibar daripada kisah-kisah Al-Quran, dan menemukan hikmah yang relevan dengan cabaran dunia moden. MAHIRA akan menggunakan kaedah interaktif, perkongsian ilmu oleh pakar Al-Quran, bengkel praktikal, dan sesi refleksi berkumpulan bagi memastikan penghayatan Al-Quran yang lebih mendalam dan bermakna.

Matlamat Program


Program MAHIRA bermatlamat untuk:


  1. Meningkatkan Kefahaman: Memperkukuh pemahaman mahasiswa terhadap mesej dan ajaran utama Al-Quran secara holistik dan mendalam.
  2. Membina Penghayatan: Memupuk sikap cinta, taat, dan penghayatan yang tinggi terhadap Al-Quran sebagai panduan hidup.
  3. Menggalakkan aplikasi: Mendorong mahasiswa untuk mengaplikasikan nilai-nilai murni dan pedoman Al-Quran dalam tingkah laku, keputusan, dan interaksi sosial mereka.
  4. Melatih pelapis pentadabbur: Melahirkan individu yang berupaya menjadi ejen perubahan yang membawa nilai-nilai Al-Quran ke dalam bidang profesional dan kemasyarakatan.
  5. Memperkasa Komuniti: Membentuk komuniti mahasiswa yang berpegang teguh pada Al-Quran dan bersedia menyebarkan cahaya hidayah-Nya.


Sasaran Program


Sasaran utama program MAHIRA adalah:


  1. Mahasiswa Muslim: mahasiswa Muslim dari program pengajian fakulti Quran & Sunnah di Institusi pengajian tinggi terpilih.
  2. Mahasiswa Yang berminat: Khususnya mahasiswa yang mempunyai minat mendalam untuk mendalami Al-Quran dan mencari petunjuk hidup daripadanya.
  3. Bakal Pemimpin: Mahasiswa yang berpotensi menjadi pemimpin di peringkat universiti, komuniti, dan pada masa hadapan, yang memerlukan landasan rohani dan intelektual yang kukuh.



VISI & MISI YAYASAN TADABBUR

Visi

Melahirkan generasi yang hidup bersama Al-Quran yang membacanya dengan mata hati, yang mendengarnya seolah Allah sedang berbicara,

yang memandang dunia dengan cahaya ayat-Nya, dan yang melangkah setiap hari dengan jiwa terpaut pada petunjuk Tuhan.

Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi nafas kehidupan, denyut iman, dan teman abadi menuju syurga.

Misi

• Menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan tadabbur Al-Quran kepada semua

lapisan masyarakat melalui platform pendidikan, digital, teknologi kecerdasan

buatan (Artificial intelligence) dan komuniti.

• Melahirkan individu yang berinteraksi dengan Al-Quran secara aktif melalui

pemikiran, perasaan dan tindakan.

• Membangunkan platform teknologi dan modul tadabbur yang tersusun, mudah

diakses dan mesra pengguna.

Rakan Strategik

HUBUNGI KAMI

Yayasan Tadabbur,

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,

Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI


Copyright © 2025 | Yayasan Tadabbur

Powered by: Cyberniaga