Podcast - Siraj Al-Quran

"Dengarkan, hayati, terangi"

Siraj Al-Quran: dengan tagline “Dengarkan, hayati, terangi” adalah sebuah podcast eksklusif dibawa oleh Yayasan Tadabbur.

Program ini bertujuan untuk membimbing peserta agar Al-Quran benar-benar menjadi "siraj" atau pelita yang menerangi jalan dan lorong kehidupan mereka dalam pelbagai dimensi.

Dalam simpang siur kesibukan hidup hari ini, kita seringkali tercari-cari punca panduan dan ketenangan. Podcast Siraj Al-Quran hadir sebagai "pelita" rohani anda, membimbing setiap langkah dengan suluhan cahaya Al-Quran. Kami tidak sekadar membaca ayat; kami menyelami maknanya, merenungi hikmahnya, dan mengaplikasikannya dalam cabaran getir dunia moden.

Setiap episod, kami akanmembawa anda dalam perjalanan tadabbur tematik – fokus pada isu-isu relevan seperti mencari ketenangan, mengurus tekanan, membina hubungan, dan banyak lagi – melalui lensa Kalamullah.

Anda akan mendengar bacaan ayat yang memukau, diikuti dengan kupasan mendalam, kisah inspirasi, dan soalan reflektif yang akan menyentuh jiwa.


VISI & MISI YAYASAN TADABBUR

Visi

Melahirkan generasi yang hidup bersama Al-Quran yang membacanya dengan mata hati, yang mendengarnya seolah Allah sedang berbicara,

yang memandang dunia dengan cahaya ayat-Nya, dan yang melangkah setiap hari dengan jiwa terpaut pada petunjuk Tuhan.

Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi nafas kehidupan, denyut iman, dan teman abadi menuju syurga.

Misi

• Menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan tadabbur Al-Quran kepada semua

lapisan masyarakat melalui platform pendidikan, digital, teknologi kecerdasan

buatan (Artificial intelligence) dan komuniti.

• Melahirkan individu yang berinteraksi dengan Al-Quran secara aktif melalui

pemikiran, perasaan dan tindakan.

• Membangunkan platform teknologi dan modul tadabbur yang tersusun, mudah

diakses dan mesra pengguna.

Rakan Strategik

HUBUNGI KAMI

Yayasan Tadabbur,

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,

Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI


Copyright © 2025 | Yayasan Tadabbur

Powered by: Cyberniaga