Program Rehlah Tadabbur

" Alam, Wahyu, Hati. "

Rehlah Tadabbur adalah sebuah program pelancongan rohani domestik yang unik, digarap khas oleh Yayasan Tadabbur untuk membawa peserta melarikan diri dari kesibukan harian sambil menyelami lautan hikmah Al-Quran. Ini bukan sekadar percutian biasa; ianya adalah sebuah kembara iman di mana elemen rekreasi, refleksi alam, dan pengajian Al-Quran disatukan secara harmoni.

Kami akan membawa peserta ke destinasi-destinasi domestik yang menarik dan menenangkan, seperti pesisir pantai yang damai, pergunungan yang megah, atau perkampungan tradisional yang kaya budaya. Di setiap lokasi terpilih, keindahan ciptaan Allah akan menjadi latar belakang sempurna untuk sesi tadabbur yang mendalam.

VISI & MISI YAYASAN TADABBUR

Visi

Melahirkan generasi yang hidup bersama Al-Quran yang membacanya dengan mata hati, yang mendengarnya seolah Allah sedang berbicara,

yang memandang dunia dengan cahaya ayat-Nya, dan yang melangkah setiap hari dengan jiwa terpaut pada petunjuk Tuhan.

Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi nafas kehidupan, denyut iman, dan teman abadi menuju syurga.

Misi

• Menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan tadabbur Al-Quran kepada semua

lapisan masyarakat melalui platform pendidikan, digital, teknologi kecerdasan

buatan (Artificial intelligence) dan komuniti.

• Melahirkan individu yang berinteraksi dengan Al-Quran secara aktif melalui

pemikiran, perasaan dan tindakan.

• Membangunkan platform teknologi dan modul tadabbur yang tersusun, mudah

diakses dan mesra pengguna.

Rakan Strategik

HUBUNGI KAMI

Yayasan Tadabbur,

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,

Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI


Copyright © 2025 | Yayasan Tadabbur

Powered by: Cyberniaga