Program Hibah Kitab

Program Hibah Kitab adalah jemputan mulia untuk anda terlibat dalam pendidikan agama generasi masa depan ummah. Kami mengerakkan program menyumbangkan kitab-kitab agama terpilih – dari tafsir, hadis, fiqh, sirah, hingga naskhah tadabbur dan bahasa Arab – kepada para pelajar sekolah agama dan maktab tahfiz di seluruh negara.

Setiap naskhah adalah sumber pahala berpanjangan untuk anda, selagi ia dibaca dan diamalkan. Jadikan infaq anda legasi ilmu yang takkan putus, mengalirkan keberkatan abadi.

VISI & MISI YAYASAN TADABBUR

Visi

Melahirkan generasi yang hidup bersama Al-Quran yang membacanya dengan mata hati, yang mendengarnya seolah Allah sedang berbicara,

yang memandang dunia dengan cahaya ayat-Nya, dan yang melangkah setiap hari dengan jiwa terpaut pada petunjuk Tuhan.

Al-Quran bukan sekadar bacaan, tetapi nafas kehidupan, denyut iman, dan teman abadi menuju syurga.

Misi

• Menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan tadabbur Al-Quran kepada semua

lapisan masyarakat melalui platform pendidikan, digital, teknologi kecerdasan

buatan (Artificial intelligence) dan komuniti.

• Melahirkan individu yang berinteraksi dengan Al-Quran secara aktif melalui

pemikiran, perasaan dan tindakan.

• Membangunkan platform teknologi dan modul tadabbur yang tersusun, mudah

diakses dan mesra pengguna.

Rakan Strategik

HUBUNGI KAMI

Yayasan Tadabbur,

Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,

Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI


Copyright © 2025 | Yayasan Tadabbur

Powered by: Cyberniaga